Friday, August 20, 2010

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.


Pakaian tradisonal wanita Iban
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.



SURIYAZATI BINTI MOHD SHARIFF (203792)
 

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kepada penulis blog ni, perlu lebih luas kefahaman kalau nak tulis kpd public, jgn bri gambaran yg salah, kerana pakaian kaum2 lelaki dayak di borneo memang nampak sama kalu tak faham betul2, di gambar pakaian lelaki tu bukan pakaian iban, tapi pakaian kaum orang ulu. Cuma pakaian perempaun tu yg betul. Secara tradisi lelaki iban sarawak hanya pakai sirat di pinggang, lelanjang bulu burung kenyalang atau burung ruai di kepala, tumpa di kedua tangan dan paha, tali pinggang tembaga di pinggang, parang ilang di pinggang sebelah kiri, terabai, rantai taring babi bujang berani di leher, engkerumung di kedua pergelangan kaki & pergelangan tangan, dan sekarang baju tradisi kaum iban dilengkapi dengan baju burung. Dandong hanya digunakan oleh suku iban kantu dan iban mualang di kalimantan indonesia, tapi tidak digunakan oleh iban sarawak. Ini alatan lengkap pakaian tradisi iban.

    ReplyDelete
  3. kebanyakannya penerangan dan keterangan yang salah beginilah yang akan membawa kepada kekeliruan pada genarasi baru berkenaan dengan tradisi kaum. Ini hanya berkenaan dengan pakakaian,tetapi bagaimana pula bila ianya melibatkan perkara lain-lainnya? sebagai contoh Berkenaan dengan adat asal. Ini akan membawa kepada tafsiran yang lain kepada kaum lain yang membaca Blog ini berkenaan dengan kaum Iban atau pun mana kaum Dayak yang lain.Harap - harap sebelum mengetengahkan mana - mana perkara berkenaan dengan sesuatu kaum tu... buatlah kajian menyeluruh dahulu. ini penting bagi tidak menimbulkan perkara yang tidak di ingini berlaku.

    ReplyDelete