Monday, August 23, 2010

PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU


      • LELAKI
  • Digunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) lebih kurang 700 tahun lepas.
  • Terdapat dua jenis iaitu : 
    • 1)Baju melayu teluk belanga - sampin dipakai diluar 
    • 2)Baju melayu cekak musang - baju di dalam sampin 
      • PEREMPUAN
  • Dipakai setelah kedatangan Islam, ia terkenal dengan baju kurung, baju riau, baju kebaya dan baju kebaya belah panjang.
  • Diberi maksud mengurung atau menutup anggota tubuh.
  •  
     HALIMATUL NOOR FATEHA BT MOHD (203754)

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

  • Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah.
  • Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain.
  • Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi’ sinikat (Topi bulat).
  • Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :-
  • Sinuangga’ baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda.
  • Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan.
  • Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual
  • Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang 
NUR HAKIMAH BINTI HANAFI (203939)

Sunday, August 22, 2010

MASYARAKAT MELANAU


Pakaian Tradisional Masyarakat Melanau

  • Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam.
  • Pakaian tradisi bagi lelaki biasanya digayakan baju potongan moden samping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.
  • Wanita pula biasanya digayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasaan kepala kepih sanggul.

AZMEER BIN MOKHTAR (203538)

MASYARAKAT BAJAU

Pakaian Tradisional Masyarakat Bajau
  • Pakaian tradisi biasanya dipakai pada sesuatu majlis dan perayaan yang disambut oleh kaum bajau.
  • Kebiasaannya lelaki akan menggayakan baju potongan cekak musang dan seluar manakala wanita akan menggayakan blaus baldu sampit dan kain sarung olos berangkit.
  • Perhiasan biasa digunakan bagi lelaki ialah samping dan destar manakala wanita ialah perhiasan kepala dan leher.

ANAS FIRDHAUS B. CHE WAN (203539)

PAKAIAN INDIA

Dhoti
  • Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki.
  • Diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang.
  • Dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha,kemudian disangkutkan pada bahu.
  • Dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.

Sari
  • Sari pula merupakan pakaian untuk kaum perempuan.
  • Terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan lima hingga lima belas meter panjang mengikut saiz pemakai.
  • Perlu memakai anak baju yang singkat dan ketat sebelum memakai sari.
  • Kain sari yang lembut akan dililit dari pinggang sebanyak tiga hingga lima kali dan diselempang pada bahu kiri.

MA KIT YENG (203811)

Saturday, August 21, 2010

PAKAIAN SIKH/PUNJABI

PEREMPUAN
  • Bagi perempuan masyarakat sikh mereka mengenakan pakaian salwar kameez atau baju Punjabi.
  • Terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

LELAKI
  • Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki di majlis rasmi.
  • Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau line.

TURBAN/DASTAR
  • Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi turut memakai serban tetapi dalam bentuk lebih tebal, lonjong dan seragam bentuknya.
  • Kain serban dipakai sepanjang 5 meter. Serban dalam kalangan penganut Sikh amat berkait rapat dengan kepercayaan dan wajib dipakai.
  • Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama agar rambut yang panjang mudah diurus, tetapi kaum perempuan tidak perlu memakai serban.

NURLIYANA BINTI RAMLI (203771)




BUDAYA PAKAIAN CINA

• Dalam Sejarah Malaysia, kehadiran kaum Cina dalam pusat perdagangan bermula di negeri Melaka yang diikuti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
• Pakaian kaum Cina boleh dikenali sebagai pakaian Cheongsam yang dipakai oleh kaum wanita serta pakaian Samfoo yang dipakai oleh kaum lelaki.
• Pakaian Cheongsam dan Samfoo telah diperkenalkan semenjak revolusi di negara China pada tahun 1911.
• Ia sesuai dipakai di musim perayaan Tahun Baru Cina serta di majlis perkahwinan.

 
Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan.

  Wanita memakai Cheongsam moden labuh dari kain sutera Cina berwarna merah dan ditenun dengan motif-motif mewah.  
   GOH SHU FONG (207561)